HomeUtamaCITRAS 3.0 perkukuh jati diri, patriotisme dan perpaduan rakyat Sabah

CITRAS 3.0 perkukuh jati diri, patriotisme dan perpaduan rakyat Sabah

Read Time:1 Minute, 8 Second

Kota Kinabalu : Penganjuran Program Citra Seni Sabah 3.0 (CITRAS) dilihat sebagai pelaburan jangka panjang dalam memartabatkan seni, budaya, dan warisan etnik di negeri ini.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Christina Liew berkata,  pelaburan dalam bidang kebudayaan bukan sekadar perbelanjaan, sebaliknya aset penting yang mampu memberi manfaat besar kepada masa depan Sabah dan negara.

“Penganjuran program kebudayaan bukan sahaja mengangkat bakat seni generasi muda, malah memperkukuh semangat patriotik, jati diri serta perpaduan masyarakat.

“Kerjasama pintar antara kerajaan, agensi swasta dan badan bukan kerajaan perlu diteruskan bagi memastikan seni budaya terus diperkasakan di peringkat akar umbi.

“”Pendekatan kolaboratif seperti ini mampu memperkayakan warisan tempatan dan menyemarakkan rasa cinta terhadap tanah air,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penyampaian Hadiah CITRAS 3.0, di sini baru-baru ini.

Christina berkata, penyertaan lebih 400 pelajar sekolah rendah dan menengah dari seluruh Sabah jelas membuktikan minat mendalam golongan muda terhadap seni dan budaya tempatan.

“Usaha sebegini sejajar dengan aspirasi Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) yang menekankan pemerkasaan budaya sebagai asas keharmonian sosial dan pembangunan negeri,” katanya.

Pada majlis tersebut, SMK Kolombong dinobatkan juara bagi kategori sekolah menengah, diikuti SMK Narinang, Kota Belud sebagai naib johan Dan ketiga disandang SMK Pekan Telipok.

Manakala sekolah rendah diungguli oleh SK Pekan Keningau disusuli SK Lasau Tintapon Kota Belud (kedua) dan ketiga dimenangi oleh SK St. Benedick, Ranau.

RELATED ARTICLES
Utama

800 bungkusan makanan disumbangkan kepada mangsa banjir, petugas di Penampang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular