HomeUtamaBeberapa jalan utama di KK ditutup sementara bermula hari ini

Beberapa jalan utama di KK ditutup sementara bermula hari ini

Read Time:1 Minute, 0 Second

Kota Kinabalu: Beberapa jalan utama di pusat bandar Kota Kinabalu akan ditutup secara sementara bermula hari ini sehingga 31 Ogos 2025 bagi memberi laluan kepada penganjuran Upacara Perbarisan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah 2025.

Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dalam kenyataan memaklumkan, penutupan itu melibatkan persiapan kawasan acara, sesi raptai serta hari kemuncak sambutan pada 31 Ogos.

Menurut DBKK, penutupan bermula 26 hingga 29 Ogos dari jam 5 pagi hingga 1 tengah hari, melibatkan Jalan Tun Fuad Stephens (dari Bulatan SEDCO dan Wawasan Plaza hingga lampu isyarat Centre Point Sabah).

Pada 30 Ogos, penutupan akan bermula jam 10 malam hingga 1 tengah hari keesokan harinya (31 Ogos).

“Penutupan itu adalah melibatkan laluan Jalan Utama Sutera Harbour (bahagian kiri keluar ke Jalan Coastal; Jalan Coastal; Jalan Mentari (Lorong sebelah kanan); Tempat letak kereta bertingkat KK Sentral; Tempat letak kereta A Square dan Stesen Perhentian Bas Zon Selatan, Jalan Tun Fuad Stephens,” menurut kenyataan itu di sini pada Isnin.

DBKK menasihatkan orang ramai supaya mematuhi arahan anggota penguat kuasa bertugas sepanjang tempoh tersebut dan menggunakan jalan alternatif bagi tujuan keselamatan serta kelancaran trafik.

Kerjasama pengguna jalan raya amat dihargai bagi memastikan kelancaran acara sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah 2025. – Chronivo

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah cadang beri pendidikan percuma untuk pelajar lanjut ke IPT milik...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular