HomeUtamaBom tinggalan Perang Dunia Kedua di Lahad Datu ditemui

Bom tinggalan Perang Dunia Kedua di Lahad Datu ditemui

Read Time:44 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

LAHAD DATU: Polis mengesahkan penemuan satu objek dipercayai bom jenis Unexploded Ordnance (UXO) Aerial Bomb di tebing Sungai Segama, Lahad Datu, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan itu daripada seorang penduduk tempatan yang menemui objek berbahaya tersebut ketika menjala ikan.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati bom berkenaan berukuran lebih kurang 40 sentimeter lilit, panjang 30 sentimeter dan dianggarkan seberat 500 lbs.

“Siasatan lanjut oleh Cawangan Persenjataan IPD Lahad Datu mengesahkan ia dipercayai bom buatan British yang merupakan peninggalan era perang dunia kedua,” katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.

Tambah beliau, kawasan berkenaan kini telah dipantau pihak polis bagi memastikan keselamatan orang awam sementara menunggu tindakan lanjut oleh Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Kontinjen Sabah.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menghampiri kawasan penemuan bom tersebut bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini,” tegasnya.

RELATED ARTICLES
EnglishUtama

‘Reckless, Dangerous and Disgusting’: Lawyers Hit Back at Shafie Over Zara...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular