HomeUtamaHentikan perbuatan curi, rosakkan bendera - DBKK

Hentikan perbuatan curi, rosakkan bendera – DBKK

Read Time:1 Minute, 7 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

Kota Kinabalu : Dewan Bandaya Kota Kinabalu (DBKK) mengesahkan tiada isu membabitkan bendera Jalur Gemilang yang dipasang terbalik di sekitar bandaraya Kota Kinabalu.

Sebaliknya Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Seri Sabin Samitah berkata, isu kecurian bendera sering berlaku apabila apabila ada bendera hilang selepas dipasang di kawasan tertentu.

Katanya, setakat ini tiada laporan rasmi berhubung kejadian tersebut dan jika berlaku, ia mungkin tidak disengajakan.

“Isu Jalur Gemilang terbalik tidak berlaku di Kota Kinabalu. Jika ada pun, ia lebih kepada kesilapan teknikal, bukan disengajakan.

“Malah, Jabatan Penerangan turut membantu memberi panduan cara pemasangan bendera dengan betul,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika di temui media selepas pelancaran program itu di Dataran Bandaraya di sini pada Sabtu.

Sabin mengakui pihak DBKK berdepan cabaran lain iaitu kes kecurian bendera yang dipasang lebih awal oleh pihak berkuasa tempatan, peniaga dan penduduk kampung.

“Ada premis dan bangunan komersial yang sudah memasang bendera tetapi keesokan paginya hilang. 

“Kita berharap masyarakat tidak mengambil kesempatan untuk merosakkan atau mencuri bendera yang telah dipasang,” katanya.

Dalam pada itu, Sabin berkata, DBKK telah mengedarkan bendera kepada para peniaga di sekitar bandar raya bagi menyemarakkan semangat patriotik.

“Kita yakin aktiviti pemasangan bendera akan semakin meningkat menjelang Hari Kebangsaan. 

“Harapan saya, pemilik bangunan, syarikat, agensi kerajaan dan orang ramai terus bekerjasama menghiasi Kota Kinabalu dengan Jalur Gemilang,” katanya. – Chronivo

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular