HomeUtamaProgram keagamaan perlu bimbing anak-anak elak kes buli

Program keagamaan perlu bimbing anak-anak elak kes buli

Read Time:1 Minute, 22 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

TAWAU: Persatuan dan badan bukan kerajaan (NGO) Islam disaran untuk memberi tumpuan kepada program berbentuk bimbingan kepada anak-anak bagi mengelakkan berulangnya tragedi yang menggemparkan masyarakat, termasuk kes kematian Allahyarhamah adik Zara Qairina baru-baru ini.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, walaupun punca sebenar kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa, masyarakat khususnya institusi agama perlu proaktif memainkan peranan mendidik generasi muda dengan ilmu, akhlak dan nilai moral yang baik.

“Kejadian yang berlaku ke atas adik Zara Qairina amat mengejutkan rakyat. Namun, kita percaya bahawa kerajaan telah mengambil langkah yang yang tepat dan telah menyerahkan kepada undang-undang untuk memastikan apa sebenarnya yang berlaku termasuklah dengan keputusan untuk mengadakan inkues.

“Ia menjadi peringatan penting betapa perlunya anak-anak kita dibimbing agar tidak terjebak dalam perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan,” katanya ketika merasmikan Penganjur Program Fiqh Ibadah Muslimah di Masjid Al-Kauthar, di sini hari ini.

Program anjuran Kuliah Takmir Masjid Al-Kauthar itu menghimpunkan hampir 600 peserta terdiri daripada belia, wanita dan warga emas dengan memberi fokus kepada aspek thaharah (bersuci) sebagai asas ibadah harian.

Nizam berkata, masjid, persatuan Islam dan badan bukan kerajaan (NGO) perlu memperluas penganjuran program mendidik anak-anak supaya tidak terbabit dengan gejala negatif seperti kes buli, jenayah dan salah laku moral.

“Kita tidak mahu anak-anak menjadi mangsa kekasaran atau buli oleh kelompok yang tidak memahami tanggungjawab mereka sebagai rakyat Malaysia. Pendidikan agama dan moral adalah benteng untuk memastikan suasana pembelajaran dan kehidupan berjalan lancar serta teratur,” jelasnya.

Beliau turut menyatakan sokongan kepada usaha Masjid Al-Kauthar yang sentiasa proaktif menganjurkan pelbagai program keagamaan dan masyarakat di Tawau.

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah cadang beri pendidikan percuma untuk pelajar lanjut ke IPT milik...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular