HomeUtama80 kedai di Jalan Gaya terima Jalur Gemilang, Bendera Sabah

80 kedai di Jalan Gaya terima Jalur Gemilang, Bendera Sabah

Read Time:1 Minute, 15 Second

Kota Kinabalu : Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengambil inisiatif mengagih dan mengedarkan bendera Jalur Gemilang dan Sabah kepada para peniaga di sekitar Jalan Gaya di sini pada Jumaat

Agihan bendera itu disampaikan sendiri oleh Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Seri Sabin Samitah pada sesi tinjauan mesra kibar bendera sempena Sambutan Hari Kebangsaan Hari Sabah 2025.

Sabin ketika ditemui berkata, kira-kira 80 buah kedai di sepanjang Jalan Gaya menerima agihan bendera Jalur Gemilang dan Sabah

Katanya, selain Jalan Gaya, beberapa premis di lokasi lain turut menerima agihan Jalur Gemilang dan bendera Sabah.

“Antara kawasan lain yang turut menerima agihan bendera adalah di kawasan Bandaran; Sinsuran; Kampung Air dan Segama.

“Selain agihan bendera, kita turut memberi tunjuk ajar kepada peniaga mengenai cara pemasangan bendera dengan betul bagi memastikan ia dikibarkan dengan penuh hormat.

“Kita berharap aktiviti ini dapat menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan warga kota, di samping menghargai makna kemerdekaan negara dan negeri,” katanya.

Sementara itu, Sabin berkata, usaha menyemarakkan semangat merdeka tidak terhenti dengan pengedaran bendera semata-mata.

Katanya, pihaknya turut menggalakkan pengurusan pusat beli-belah dan premis perniagaan untuk memainkan lagu-lagu patriotik sepanjang bulan kemerdekaan.

“Apabila masyarakat berjalan di pusat beli-belah atau ruang awam, mereka boleh merasai suasana patriotisme dengan alunan lagu-lagu kebangsaan dan negeri.

“Ini juga sebahagian cara menyuburkan rasa cinta pada tanah air,” katanya.

Beliau berkata, DBKK komited memastikan Kota Kinabalu terus menjadi bandar raya yang hidup dengan semangat perpaduan, selaras dengan aspirasi Sabah Maju Jaya dan Malaysia Madani. – Chronivo / FOTO DBKK

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular