HomeUtamaPesta Hospitaliti Sabah ke-25 dijangka tarik lebih ramai peserta antarabangsa

Pesta Hospitaliti Sabah ke-25 dijangka tarik lebih ramai peserta antarabangsa

Read Time:51 Second

Kota Kinabali: Penganjuran Pesta Hospitaliti Sabah ke-25 pada November depan dijangka akan mampu menarik lebih ramai peserta antarabangsa.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Christina Liew berkata, pihaknya menyokong penuh pihak penganjur untuk menjayakan program berkenaan.

Katanya, pihaknya mengiktiraf usaha semua pihak terlibat yang telah menjayakan program itu selama 25 tahun. 

Menurutnya, program itu akan diadakan pada 21 November sehingga 23 November di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

“Usaha mengadakan Sabah Hospitality Expo (SOHEX) sebagai sebahagian daripada Sabah Hospitality Fiesta ke-25 bermula tahun ini adalah langkah yang baik.

“Sekali gus menjadi persediaan tepat bagi Tahun Melawat Malaysia 2026. Saya berharap lebih ramai peserta antarabangsa akan menyertai acara itu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat daripada jawatankuasa penganjur yang diketuai Pengerusi ATI College, Datuk Seri Wong Khen Thau, di sini.

Christina turut dijemput untuk merasmikan acara berkenaan pada 21 November.

SOHEX akan menampilkan 150 gerai pameran yang menawarkan pelbagai pilihan makanan, minuman dan banyak lagi. Ia termasuk acara memasak bagi memperkenalkan hidangan asal Sabah.

RELATED ARTICLES
EnglishUtama

‘Reckless, Dangerous and Disgusting’: Lawyers Hit Back at Shafie Over Zara...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular