HomeUtamaGuru bebas tuduhan amang seksual terhadap murid

Guru bebas tuduhan amang seksual terhadap murid

Read Time:46 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang guru sekolah rendah dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap murid lelaki berusia sembilan tahun.

Rosle Basas, 45, dibebaskan dan dilepaskan tanpa dipanggil membela diri.

Hakim Mahkamah Sesyen Noor Hafizah Mohd Salim membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Rosle.

Rosle didakwa melakukan kesalahan itu di bilik darjah sebuah sekolah pada Ogos 2023.

Dia didakwa di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan sebat, jika sabit kesalahan.

Pihak pendakwaan telah memanggil lima saksi semasa perbicaraan.

Untuk rekod, Rosle berdepan empat pertuduhan serupa terhadapnya yang dibicarakan di hadapan empat hakim Mahkamah Sesyen yang berbeza.

Dua daripada pertuduhan termasuk ini, Rosle dibebaskan tanpa pembelaan dipanggil.

Sementara itu, dua lagi masih diteruskan.

Timbalan Pendakwa Raya Eugenie M. Gilbert mengendalikan pendakwaan manakala peguam Zahir Shah membela Rosle.

RELATED ARTICLES
Utama

Kenyataan Shafie Tentang Kes Zara Disifatkan Tidak Bertanggungjawab Dan Prejudis

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular