HomeUtamaPeguam keluarga Zara jelaskan khidmat guaman secara pro bono, nafikan anak guam...

Peguam keluarga Zara jelaskan khidmat guaman secara pro bono, nafikan anak guam kutip derma

Read Time:1 Minute, 3 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Pasukan guaman yang mewakili ibu kepada Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir menafikan dakwaan bahawa anak guam mereka sedang mengutip derma sama ada untuk tujuan peribadi atau bagi membayar yuran guaman.

Menurut kenyataan bersama hari ini, nombor akaun yang tular di media sosial sebenarnya pernah digunakan hanya beberapa hari selepas kematian Zara untuk menerima sumbangan orang ramai, namun kutipan itu telah dihentikan tidak lama kemudian.

“Kami mendapat tahu bahawa tular nombor-nombor akaun anak guam kami di platform-platform media massa seolah-olah membayangkan anak guam kami sedang mengutip derma bagi dirinya sendiri dan membayar yuran guaman kami.

“Kami menyatakan bahawa anak guam kami tidak ada membuat sebarang kutipan derma ketika ini sama ada untuk dirinya sendiri atau untuk membayar yuran guaman kami,” kata pasukan guaman.

Pasukan itu terdiri daripada Hamid Ismail, Shahlan Jufri, Rizwandean M. Borhan, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh dan Farrah Nasser.

Mereka juga menjelaskan bahawa sebarang sumbangan hanya diterima secara fizikal oleh anak guam mereka atau melalui wakil NGO yang diberikan autoriti.

“Perkhidmatan guaman kami adalah secara pro bono atau percuma,” tegas mereka.

Zara, 13, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai, sehari selepas ditemui tidak sedarkan diri di sebuah asrama sekolah di Papar pada 16 Julai.

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular