HomeUtamaProgram JoW perlu diperluas ke lebih banyak kawasan pedalaman

Program JoW perlu diperluas ke lebih banyak kawasan pedalaman

Read Time:1 Minute, 22 Second

TUARAN: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berharap agar program Justice on Wheels (JoW) Jabatan Bantuan Guaman (JBG) akan dapat diperluaskan ke lebih banyak kawasan pedalaman supaya lebih ramai rakyat di Sabah dapat menikmati akses kepada perkhidmatan bantuan guaman.

“Ini adalah aspek penting kepada kesejahteraan rakyat kerana ia memastikan sistem keadilan kita bersifat inklusif dan mudah diakses oleh semua lapisan masyarakat.

“Program ini, yang menumpukan kepada penyampaian keadilan secara menyeluruh dan efisien terutamanya kepada mereka yang tinggal di kawasan luar bandar atau kurang bernasib baik, juga selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri bahawa tiada seorang pun rakyat yang tertinggal dalam mendapatkan akses kepada keadilan,” katanya pada program JoW yang diadakan di Dewan Seri Sulaman di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Jahid Jahim.

Menerusi program ini, katanya, ia mencerminkan komitmen dan kesungguhan kerajaan dalam mengutamakan peranan JBG untuk membela hak golongan kurang berkemampuan mendapatkan keadilan yang saksama.

“Pelbagai pembaharuan telah diusahakan bagi mempromosi perkhidmatan bantuan guaman serta menyebarkan pengetahuan dan kesedaran orang ramai tentang kemudahan yang telah disediakan oleh Kerajaan.

“Ini penting untuk memastikan tiada siapa yang terpinggir daripada proses perundangan yang adil hanya masalah ketidakmampuan atau kurangnya pengetahuan tentang kemudahan yang telah disediakan oleh Kerajaan sejak 54 tahun lalu,” katanya.

Ketua Menteri berkata, perolehan sebuah van khas untuk Sabah, dikenali sebagai van JoW Sabah, bagi melaksanakan program ini yang dilancarkan di Penampang pada Januari 2024, adalah bukti komitmen kerajaan MADANI selaras dengan aspirasi Kerajaan Negeri untuk menyediakan akses kepada keadilan bagi setiap lapisan masyarakat tanpa mengira lokasi.

Sepanjang tahun 2024, JBG telah melaksanakan 28 program di Sabah, Sarawak, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Kedah dan Terengganu.

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular