HomeUtamaPentadbir Laman Facebook Mohon Maaf,Tarik Balik Dakwaan Kaitkan Nama Datuk Mohd Arifin

Pentadbir Laman Facebook Mohon Maaf,Tarik Balik Dakwaan Kaitkan Nama Datuk Mohd Arifin

Read Time:1 Minute, 38 Second

KOTA KINABALU – Pentadbir Satu laman Facebook yang sering memuat naik hantaran berkaitan kes tragis melibatkan Zara Qistina hari ini tampil memohon maaf secara terbuka dan menarik balik dakwaan yang sebelum ini mengaitkan nama Datuk Mohd Arifin.

Dalam satu hantaran di Facebook, pentadbir laman Sabahan News Online (SNO) itu menarik balik semua kenyataan terhadap Arifin, yang menurutnya ‘telah menjadi mangsa salah faham selama ini’, berhubung kes itu.

“Dengan ini, admin SNO menarik segala kenyataan yang telah mengaitkan nama Datuk Mohd Arifin, yang telah menjadi mangsa salah faham selama ini. Kami memohon maaf dengan sepenuh hati dan akan menjadikan hantaran ini sebagai bahan rujukan umum sehingga semua pihak memahami kebenaran ini,” menurut kenyataan itu.

Pentadbir SNO turut menegaskan bahawa segala usaha untuk mengaitkan isu berkenaan dengan Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri adalah satu bentuk penyesatan yang amat dikesali.

“Hantaran ini diharap dapat meredakan kekusutan dan kemarahan netizen,” tambahnya.

Dalam masa sama, kenyataan tersebut turut mendesak agar bapa kepada salah seorang individu yang dikaitkan dengan kes buli Zara Qistina tampil mengambil tanggungjawab dan tidak terus berdiam diri sehingga pihak lain menjadi mangsa kecaman umum.

Zara Qairina, 13, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) di Kota Kinabalu pada 17 Julai lepas, selepas ditemukan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sebuah sekolah agama di Papar pada 4 pagi, 16 Julai.

Pada 9 Ogos, jenazahnya digali semula berikutan arahan Jabatan Peguam Negara yang berpendapat siasatan lanjut yang lebih menyeluruh perlu dijalankan.

Bedah siasat selesai dilaksanakan di HQE I pada hari berikutnya dan jenazahnya dikebumikan semula pada hari sama.

Dan hari ini, hari ini, lima remaja perempuan didakwa di Mahkamah Kanak-kanak di Kota Kinabalu, Sabah atas tuduhan menggunakan perkataan mencela terhadap Zara Qairina yang boleh menyebabkan pelajar Tingkatan Satu itu tertekan.

Lima remaja itu dituduh mengikut Seksyen 507C(1) Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular