Oleh Chronivo TEAM
Kota Kinabalu : Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu hari ini dikawal ketat anggota keselamatan susulan pendakwaan terhadap lima remaja yang dikaitkan dengan kes buli membabitkan Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir,13.
Tinjauan mendapati pengamal media dari pelbagai agensi media sudah mula berkumpul di luar kompleks mahkamah seawal jam 6 pagi.

Anggota polis dilihat mula berkawal di perkarangan kompleks mahkamah seawal jam 7 pagi selain membuat dua sekatan jalan raya sebelum memasuki kompleks.
Kelima-lima tertuduh, yang masih berusia belasan tahun, didakwa di bawah Seksyen 507C(1) Kanun Keseksaan kerana perbuatan buli.
Pertuduhan tersebut bagaimanapun tidak melibatkan punca kematian Zara, sebaliknya inkues masih akan diteruskan untuk menentukan sebab sebenar kematian pelajar berkenaan. – Chronivo