HomeUtamaHASIL perkukuh pendidikan melalui program CSR sempena Konvensyen Pengarah Negeri 2025

HASIL perkukuh pendidikan melalui program CSR sempena Konvensyen Pengarah Negeri 2025

Read Time:1 Minute, 39 Second

KOTA KINABALU: Pendidikan yang berkualiti menjadi teras pembangunan negara, justeru Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASIL) memperkukuh peranannya terhadap masyarakat dengan menganjurkan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) sempena Konvensyen Pengarah Negeri 2025 di Sekolah Agama Rakyat Al-Hidayah, Pasir Putih, Putatan, hari ini.

Abu Tariq merakamkan gambar kenangan bersama pengurusan kanan HASIL serta tetamu jemputan.

Program itu mencerminkan komitmen HASIL dalam mengangkat martabat pendidikan sebagai asas kesejahteraan rakyat, selain membantu menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih selesa dan kondusif kepada anak-anak di kawasan Putatan. Ia juga menjadi wadah untuk mendekatkan agensi kerajaan dengan komuniti melalui pengisian yang bermanfaat.

Sekolah Agama Rakyat Al-Hidayah, yang asalnya merupakan sebuah wakaf surau pada tahun 1983 sebelum diangkat sebagai sekolah agama rakyat, kini mempunyai 12 guru dan 329 murid. Ia berperanan penting sebagai pusat ilmu yang melahirkan generasi berilmu dan berakhlak untuk masyarakat setempat.

Majlis perasmian dan penyampaian sumbangan disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif HASIL, Datuk Dr. Abu Tariq Jamaluddin.

Turut hadir ialah Pengarah HASIL Johor, Shifaak Md. Amin; Pengarah HASIL Sabah, Datin Dayang Halimah Awang Ahmad; Pengerusi Sekolah Agama Rakyat Al-Hidayah Pasir Putih, Abdul Kahar Mohd Zain; serta pengurusan kanan HASIL dan tetamu jemputan.

Dalam ucapannya, Abu Tariq menegaskan bahawa peranan HASIL bukan hanya sekadar agensi pemungut cukai, sebaliknya beriltizam mengembalikan semula sebahagian daripada kutipan hasil kepada masyarakat melalui inisiatif pendidikan, kebajikan dan pembangunan sosial.

“Melalui penganjuran program seperti ini, hubungan antara agensi kerajaan dan komuniti setempat dapat diperkukuh dengan rasa kasih sayang dan hormat-menghormati,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau turut menekankan pendidikan sebagai kunci masa depan dan setiap anak berhak menikmati peluang pembelajaran yang menyeluruh serta selesa.

“Sehubungan itu, HASIL akan terus menyokong pelaksanaan program kebajikan dan pendidikan seumpama ini pada masa hadapan,” ujarnya.

Untuk sebarang pertanyaan atau maklum balas, orang ramai boleh menghubungi:

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular