HomeUtamaProgram Menembak eratkan hubungan tentera dan rakan strategik

Program Menembak eratkan hubungan tentera dan rakan strategik

Read Time:1 Minute, 6 Second

Oleh Normimie Diun

KOTA KINABALU: Tentera Darat menerusi Markas 5 Divisyen menganjurkan Program Menembak Pistol bersama rakan strategik termasuk agensi awam, swasta dan media di Lapangsasar Kem Lok Kawi, di sini, pada Selasa.

Panglima Lima Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Noorrul Azril Ariffin berkata, program berkenaan merupakan acara tahunan yang bertujuan merapatkan hubungan silaturrahim antara semua agensi awam, swasta dan media di Sabah.

“Selain itu, ia juga sebagai tanda penghargaan Tentera Darat khususnya Lima Divisyen kepada semua agensi yang telah banyak membantu dan bekerjasama dalam melaksanakan tugas di Sabah.

“Kami amat menghargai sokongan berterusan ini demi memastikan keamanan dan keselamatan negeri ini,” katanya pada sidang media selepas program tersebut.

Menurutnya, sebanyak 35 agensi menerima jemputan untuk menyertai program kali ini, dengan kehadiran hampir semua wakil yang dijemput.

Mengulas mengenai keberkesanan penganjuran program itu, Noorrul Azril menyifatkannya berjaya mencapai objektif dengan penyertaan penuh disiplin dan semangat kerjasama antara peserta.

“Kami adakan pendedahan menembak, malah turut mengadakan pertandingan sesama peserta. Melihat kepada wajah dan semangat mereka, saya yakin objektif program tercapai,” jelasnya.

Ditanya sama ada program itu akan diperluas kepada golongan lain khususnya pesara tentera (veteran), beliau berkata ia berkemungkinan boleh dipertimbangkan pada masa depan.

“Buat masa sekarang, kita tumpukan kepada rakan strategik dan media, namun tidak ada masalah jika mahu diperluaskan kepada veteran dan pihak lain pada masa akan datang,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular