HomeUtamaPenjawat awam bebas tuduhan rasuah RM1,838

Penjawat awam bebas tuduhan rasuah RM1,838

Read Time:1 Minute, 20 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang penjawat awam dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Khas Rasuah di sini, hari ini daripada pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM1,838.

Hakim Mahkamah Sesyen Jason Juga membuat keputusan itu terhadap Nurul Syazwanie Idris selepas mahkamah memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.

Dalam keputusannya, Jason mendapati adalah tidak selamat untuk mengatakan bahawa telah tertuduh menerima suapan yang didakwa sebagai upah kerana melakukan sebarang tindakan membantu syarikat mendapatkan kerja-kerja bekalan untuk program anjuran kelab seperti yang dinyatakan dalam pertuduhan.

“Setelah meneliti pernyataan saksi, mendengar keterangan, menilai bukti yang dikemukakan pendakwaan, pemeriksaan balas pihak pembelaan, serta meneliti eksibit dan hujahan kedua-dua pihak, mahkamah berpendapat pihak pendakwaan gagal membuktikan pertuduhan di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

“Tertuduh (Nurul) dengan ini dilepas dan dibebaskan tanpa perlu membela diri,” katanya.

Nurul didakwa , telah secara rasuah menerima suatu suapan, iaitu wang tunaiRM1,838 daripada seoarang lelaki sebagai upah untuk diri kamu sebagai seorang pegawai badan awam, iaitu Penolong Jurutera Gred JA29, dengan membantu Perniagaan Royal Sports untuk mendapatkan kerja-kerja pembekalan barang-barang bagi Program H2O Run anjuran Kelab Sukan dan Hiburan Jabatan Pengairan dan Saliran Kota Kinabalu, Sabah.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 17 Mac 2017, antara jam 10.10 pagi hingga 10.20 pagi, di Pejabat JPS Sabah.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 21(1) akta sama.

Seramai 20 orang saksi dipanggil oleh pihak pendakwaan sepanjang perbicaraan kes.

Tertuduh diwakili oleh Datuk Ram Singh dan Prem Elmer Ganasan. Pegawai Pendakwa Rekraj Singh mengendalikan pendakwaan.

RELATED ARTICLES
Utama

Kenyataan Shafie Tentang Kes Zara Disifatkan Tidak Bertanggungjawab Dan Prejudis

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular