HomeUtamaKMJG bawa Jalur Gemilang, bendera Sabah ke puncak Gunung Kinabalu

KMJG bawa Jalur Gemilang, bendera Sabah ke puncak Gunung Kinabalu

Read Time:1 Minute, 38 Second

Kundasang: Kolaborasi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) bersama Taman-Taman Sabah (TTS) mencipta sejarah tersendiri apabila bakal memacakkan Jalur Gemilang dan bendera Sabah di Puncak Gunung Kinabalu.

Pengarah Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor berkata, acara berkenaan bertujuan menggelorakan lagi sambutan bulan kebangsaan di negeri Sabah tahun ini.

“Pada pagi ini KMJG mencipta sejarah sekali lagi apabila menyampaikan Jalur Gemilang dan juga bendera Sabah kepada malim gunung untuk di bawa dan dipacakkan di puncak Gunung Kinabalu.

“Kita laksanakan dengan kolaborasi TTS untuk menzahirkan semangat kebangsaan dan salah satu cara kita menyemarakkan sambutan bulan kebangsaan pada tahun ini di negeri Sabah, ” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media sempena penyerahan Jalur Gemilang dan bendera Sabah kepada Malim Gunung di Taman Kinabalu di sini pada Selasa.

Seramai 35 Malim Gunung terlibat membawa Jalur Gemilang dan bendera Sabah untuk dipacakkkan di Puncak Gunung Kinabalu.

Menurut Jainisah, poskad edisi khas KMJG turut dikirimkan melalui peti pos Panalaban.

“Bersama-sama itu juga, kita turut mengirimkan poskad khas KMJG untuk dikirimkan melalui peti pos tertinggi yang ada di Malaysia terletak di Panalaban yang juga akan disempurnakan oleh Malim Gunung sebagai rakan strategik.

“Kita berharap semangat menyambut hari kebangsaan yang membara ini akan terus kekal teguh dan gagah seperti gunung Kinabalu,” katanya.

Jainisah yang juga ketua konvoi KMJG tidak menolak satu hari nanti, peserta konvoi sendiri akan pacakkan Jalur Gemilang di Puncak Kinabalu.

“Kita akan cuba, tahun ini memang tidak sempat namun pada tahun akan datang sekiranya kita mempunyai peluang dan kita dapat berkolaborasi lagi dengan TTS atau mana-mana lagi jabatan juga agensi termasuklah syarikat swasta untuk bersama-sama mendaki Gunung Kinabalu.

“Kita sendiri yang akan pacakkan bendera Jalur Gemilang dan juga bendera Sabah dan mungkin kita sendiri juga yang akan menghantar poskad khas sekali lagi kepada pemimpin tempatan kepada pengurusan-pengurusan tertinggi.

“Itu nanti juga sebagai bukti bahawa konvoi itu sendiri telah pun menawan gunung kinabalu sebagai simbolik kepada semangat kita, patriotisme kita, tanda kita sayang dan cinta kepada negara kita, ” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular