HomeUtamaGeran khas TPNS bantu PIBKS tingkat kualiti pembelajaran pelajar Sabah

Geran khas TPNS bantu PIBKS tingkat kualiti pembelajaran pelajar Sabah

Read Time:1 Minute, 19 Second

Kota Kinabalu : Pemberian Geran Khas Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) kepada Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta (PIBKS) Sabah bermula tahun depan dilihat dapat memperkukuh usaha bagi meningkatkan kualiti pembelajaran anak-anak di negeri ini.

Pengerusi PIBKS Sabah Datuk Mohammad Arif Sakaran berkata, geran itu juga dapat menambah baik sokongan kepada sekolah, ibu bapa dan pelajar khususnya di Sabah.

Katanya, geran itu juga dijangka memberi manfaat besar kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), sekali gus membuka ruang kerjasama lebih erat antara komuniti dengan pihak sekolah dalam melaksanakan pelbagai program pendidikan.

“Geran khas ini boleh dimanfaatkan bagi beberapa tujuan utama, antaranya menyediakan kemudahan asas dan kelengkapan pembelajaran di sekolah dan menyokong aktiviti kokurikulum dan pembangunan sahsiah murid.

“Selain itu ianya dapat membiayai latihan dan program pembangunan profesional guru serta memberi bantuan terus kepada pelajar khususnya dalam bidang pendidikan dan keperluan pembelajaran,” katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Arif yang mengumumkan Geran Khas melalui TPNS akan disalurkan kepada PIBKS bermula tahun depan.

Arif berkata, pihaknya turut berharap agar geran tersebut dapat diberikan secara tahunan.

Katanya, ia adalah bagi memastikan peruntukan lebih terancang dan memenuhi keperluan semasa sekolah.

“Jika disalur setiap tahun, ia memudahkan perancangan strategik jangka panjang sekolah. selain memberi fleksibiliti bagi menangani keperluan segera seperti penganjuran bengkel intensif, kem akademik atau program cuti sekolah,”katanya.

Selain membantu PIBG, Arif berkata, geran khas ini juga bakal menjadi pemangkin kepada pelajar dalam bidang pendidikan yang memerlukan sokongan kewangan, seterusnya melahirkan generasi berilmu dan berdaya saing. – Chronivo

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular