HomeUtamaDBKK tegur tindakan penunggang motosikal di atas trek joging Teluk Likas

DBKK tegur tindakan penunggang motosikal di atas trek joging Teluk Likas

Read Time:50 Second

Kota Kinabalu :  Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menegur tindakan tidak bertanggungjawab sekumpulan individu yang menunggang motosikal di atas trek joging Taman Awam Teluk Likas, sebagaimana tular dalam sebuah video di media sosial di sini pada Isnin.

DBKK dalam satu kenyataan memaklumkan, tindakan itu bukan sahaja melanggar peraturan taman awam, malah membahayakan keselamatan pengunjung lain. 

Menurut DBKK, trek joging dan laluan basikal yang disediakan adalah khusus untuk aktiviti riadah, bukannya untuk kenderaan bermotor.

“Taman awam adalah ruang komuniti yang menjadi tumpuan warga bandaraya. 

“Atas dasar keprihatinan bersama, semua pihak bertanggungjawab menggunakan kemudahan secara berhemah,” menurut kenyataan itu di sini.

DBKK turut mengingatkan bahawa papan tanda peraturan telah dipasang di sepanjang kawasan taman sebagai panduan pengunjung. 

Ketidakpatuhan bukan sahaja boleh merosakkan kemudahan awam, tetapi juga menimbulkan risiko bahaya kepada orang lain.

Sehubungan itu, DBKK menyeru masyarakat agar lebih peka dan patuh kepada peraturan yang ditetapkan, sekali gus memastikan taman awam kekal sebagai ruang selamat, kondusif dan inklusif untuk semua lapisan masyarakat. – Chronivo / FOTO DBKK 

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular