HomeUtamaPetugas media mula berkumpul di Mahkamah Koroner KK

Petugas media mula berkumpul di Mahkamah Koroner KK

Read Time:44 Second

Oleh Chronivo TEAM

Kota Kinabalu : Mahkamah Koroner Kota Kinabalu di sini menjadi tumpuan petugas media bagi mendengar sebutan prosiding inkues untuk menentukan punca dan sebab kematian Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir,13.

Seawal jam 7.30 pagi, petugas media mula berkumpul di bangunan mahkamah bagi membuat liputan sebutan inkues yang dijangka akan berlangsung pada jam 9 pagi.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat menugaskan pegawai dan anggotanya untuk membuat kawalan dan memantau keadaan berhampiran bangunan mahkamah.

Petugas media perlu mendaftar sebelum dibenarkan masuk ke Mahkamah Koroner.

Chronivo semalam melaporkan sebutan inkues berhubung kematian Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, dijangka berlangsung pagi ini di Mahkamah Koroner Kota Kinabalu.

Peguam keluarga, Hamid Ismail, berkata prosiding itu dijadualkan pada jam 9 pagi, namun Koroner yang akan mendengar prosiding itu masih belum dipastikan.

Hamid mengesahkan perkembangan itu selepas dimaklumkan oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) cawangan Sabah, pada Ahad. – Chronivo

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular