HomeSukanPerlawanan persahabatan bola sepak semarakkan perpaduan

Perlawanan persahabatan bola sepak semarakkan perpaduan

Read Time:52 Second

Telupid: Semangat kemerdekaan terus disemarakkan apabila peserta Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) Sabah 2025 menentang Komuniti Madani Kampung Lumou dalam perlawanan persahabatan bola sepak di Padang Majlis Daerah Telupid, di sini pada Ahad.

Perlawanan santai yang penuh mesra itu menyaksikan penyertaan pelbagai lapisan masyarakat termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telupid, Datuk Dr Jonneybone J Kurum, yang turut turun padang sebagai salah seorang pemain mewakili Komuniti Madani Kampung Lumou.

Sorakan, gelak tawa dan semangat kesukanan yang tinggi menghiasi padang, mencerminkan nilai perpaduan yang menjadi teras “Malaysia Madani Rakyat Disantuni”.

Lebih bermakna, padang kecil yang menjadi gelanggang perlawanan turut menjadi simbol jalinan erat antara peserta konvoi dan penduduk setempat, tanpa mengira usia, latar belakang mahupun asal daerah.

Bagi peserta, ia bukan soal menang atau kalah, tetapi satu bentuk interaksi yang memperkukuh permuafakatan dan semangat kekitaan sempena sambutan Bulan Kebangsaan.

Perlawanan persahabatan ini juga mencerminkan pendekatan Konvoi KMJG Sabah 2025 yang bukan sahaja menyampaikan mesej patriotik, tetapi mendekati rakyat melalui slogan “Malaysia Madani Rakyat Disantuni”.

Perlawanan persahabatan tersebut berkesudahan dengan keputusan seri 2-2.

RELATED ARTICLES
Sukan

Tujuh pasukan sertai kejohanan Pesta Sukan Muhibbah JKM Ke-14

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular