HomeUtamaPeguam sambut baik keputusan tuduh suspek kes buli Zara

Peguam sambut baik keputusan tuduh suspek kes buli Zara

Read Time:1 Minute, 18 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Pasukan peguam yang mewakili keluarga Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir menyambut baik keputusan Peguam Negara untuk mendakwa beberapa suspek yang terlibat dalam kes buli Zara.

Menurut pasukan guaman yang diketuai oleh Hamid Ismail, keputusan itu selaras dengan cadangan yang telah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara pada 14 Ogos lalu.

“Cadangan kami ketika itu ialah memandangkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman telah mendedahkan bahawa wujud keterangan yang menjurus ke arah buli sebelum kejadian menimpa Zara, pendakwaan mesti dilakukan terhadap individu-individu di dalam keterangan tersebut di bawah seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan,” menurut pasukan guaman dalam satu kenyataan hari ini.

Pasukan guaman terdiri daripada Hamid Ismail, Shalhan Jufri, Rizwanaden M Borhan, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Mohd Syarulrizam Mohd Salleh, dan Farrah Nasser.

Bagaimanapun, pasukan peguam tersebut menjelaskan bahawa mereka masih belum mengetahui identiti individu yang akan didakwa di mahkamah serta peruntukan undang-undang yang digunakan dalam pertuduhan nanti.

“Kami berharap pendakwaan terhadap individu-individu terbabit dikaitkan dengan kematian Zara dengan menggunapakai Seksyen 507D(2) agar hukuman tinggi dikenakan terhadap mereka jika berlaku sabitan,” kata kenyataan itu.

Terdahulu media melaporkan bahawa seramai lima remaja bawah umur akan dituduh di Mahkamah Kanak-kanak Kota Kinabalu, pada Rabu ini, berhubung kes buli.

Sebelum ini, Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam kenyataan rasmi mengesahkan pihaknya meneliti kertas siasatan polis dan membuat keputusan menuduh beberapa individu yang terbabit dalam kes buli itu berdasarkan keterangan yang ada.

Kenyataan itu berkata, keputusan untuk menuduh suspek-suspek bagi kesalahan buli berkenaan dibuat memandangkan pertuduhan tersebut tidak akan menggangu prosiding inkues yang akan dijalankan di mahkamah.

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular