HomeUtamaAnwar Bidas Hasutan Isu Kes Zara, Tegas Fakta Perlu Jadi Pegangan

Anwar Bidas Hasutan Isu Kes Zara, Tegas Fakta Perlu Jadi Pegangan

Read Time:1 Minute, 49 Second

CYBERJAYA, – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan masyarakat supaya tidak mudah terpengaruh dengan hasutan dan berita palsu, khususnya dalam kes kematian remaja, Zara Khairina, yang baru-baru ini mencetuskan perhatian awam.

Berucap pada majlis Temu Anwar & Perasmian Fakulti Kecerdasan Buatan dan Kejuruteraan di Multimedia University (MMU) di sini, Anwar berkata sikap mudah percaya kepada maklumat tanpa usul periksa hanya mengundang kemarahan serta kekeliruan masyarakat.

“Senang saja hasut. Tengok kes Zara. Bagaimana mudah orang dihasut. Kononnya ada pathologist terkenal yang beri pandangan, tetapi apabila disemak, tidak wujud pun dalam rekod. It’s just fake. Tetapi berjuta orang sudah marah. Ini tak boleh,” katanya.

Beliau menegaskan, penjelasan terperinci telah pun diberikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di Parlimen, namun masih ada pihak yang cuba memanipulasi isu untuk tujuan tertentu.

Dalam nada tegas, Anwar menegaskan kerajaan tidak akan melindungi sesiapa, termasuk anak VVIP, sekiranya terbukti bersalah dalam kes jenayah.

“Kalau you buat salah, you terima hukuman. Itu cara kita. That’s what Madani government is all about,” katanya.

Selain menekankan soal integriti dan ketelusan, Anwar turut menyeru agar anak muda, termasuk mahasiswa, tidak mudah dipengaruhi oleh hasutan politik sempit yang boleh memecah-belahkan perpaduan.

Sebelum itu, Anwar yang turut menekankan soal perpaduan nasional, lebih-lebih lagi ketika negara menyambut bulan kemerdekaan di mana Perkara itu dibangkitkan oleh seorang pelajar yang mahu Perdana Memberikan respond mengenai isu berkenaan.

Katanya Terima kasih kerana bangkitkan isu perpaduan nasional. Kita ini bulan kemerdekaan. Kita kibarkan Jalur Gemilang tanda kesatuan kita. Pelbagai wilayah, agama, kaum dan warna kulit, tapi satu cita-cita, satu wadah.

“Sebenarnya, sekonjong-konjong timbul soal Jalur Gemilang menjadi isu politik. Sebab itu anak-anak harus kuasa pada. Apapun isu, kalau di tangan golongan pelampau, ia dijadikan untuk pecah-belahkan. Kalau orang itu silap, dibetulkan dan maafkan. Kalau betul niat jahat, lapor, dakwa. Ini negara hukum,” katanya.

Anwar menegaskan, wujudnya Kementerian Perpaduan adalah bagi memastikan politik negara stabil dan masyarakat diajar erti hidup bersama dalam kepelbagaian.

“Mana ada negara di dunia bila bangkit soal benci kaum, benci agama yang selamat. Sama ada Melayu majoriti, Cina majoriti atau siapa pun, kalau ada sikap begini, negara tidak akan selamat. Ini saya nak tegaskan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular