HomeUtama235 penduduk Tempasuk terima geran PANTAS

235 penduduk Tempasuk terima geran PANTAS

Read Time:1 Minute, 14 Second

Kota Belud : Seramai 235 penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tempasuk menerima Geran Perkhidmatan Tanah Anak Negeri Sabah (PANTAS).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tempasuk Datuk Arsad Bistari berkata, penerima terdiri daripada penduduk di tiga buah kampung dalam kawasan DUN Tempasuk.

“Hari ini, kita telah menyerahkan sebanyak 235 geran tanah kepada bakal pemilik di Kampung Botung, Kampuny Tempasuk 2, dan Kampung Botung Kondis yang melibatkan keluasan keseluruhan 221.85 ekar.

“Acara ini menandakan pencapaian penting dalam usaha kerajaan negeri memperkukuh pemilikan tanah masyarakat setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Penyerahan Geran PANTAS DUN Tempasuk yang diadakan di sini, pada Ahad.

Arsad berkata, penyerahan ini membawa makna besar kerana buat julung kalinya penduduk Tempasuk memperoleh geran tanah sah selepas sekian lama menunggu.

“Pesanan saya kepada penerima, jangan jual tanah ini kerana ia adalah harta pusaka yang boleh diwarisi generasi kedua, ketiga dan seterusnya,” katanya.

Menurutnya, langkah tersebut dapat membantu masyarakat keluar daripada kepompong kemiskinan.

“Dengan adanya geran, penerima boleh memajukan tanah masing-masing dan meningkatkan taraf hidup keluarga mereka,” katanya.

Beliau turut mengingatkan agar penerima melihat penyerahan geran sebagai peluang untuk merancang masa depan agar lebih berdaya saing dan tidak lagi terpinggir.

Majlis berkenaan dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Dalam dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali bagi mewakili Ketua Menteri Sabah.

Hadir sama, Timbalan Pengarah (Tanah) Jabatan Tanah dan Ukur, Awang Fauzi Awang Tahir, Pegawai Daerah, Peter Jiton dan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Shahril Nizam Shahidin.

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular