HomeUtamaTLDM sertai KMJG 2026

TLDM sertai KMJG 2026

Read Time:1 Minute, 11 Second

Sandakan: Markas Wilayah Laut (MAWILLA) 2, Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) akan menyertai program Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) pada tahun depan.

Panglima MAWILLA 2, Laksamana Muda Datuk Yusne Mokhtar berkata, sebagai tonggak pertahanan awam, sewajarnya turut serta dalam menyemarakkan sambutan bulan kemerdekaan.

“Kami tidak pernah terlibat dalam konvoi ini dan ini merupakan titik tolak bagi TLDM terlibat konvoi seterusnya pada tahun hadapan.

“Kami akan menyediakan sokongan logistik dan keanggotaan sewajarnya bagi menyokong pelaksanaan ini sebab kami percaya konvoi ini merupakan satu cabaran juga kerana menjelajah sejauh 2,500 KM selama 20 hari.

“Jadi sebagai anggota TLDM tonggak pertahanan negara, sewajarnya kami mengambil acara itu dan masukkan dalam kalender tahunan Markas Wilayah Laut 2,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media dalam majlis Kembara Merdeka Jalur Gemilang Kluster Keselamatan di Pangkalan TLDM, di sini.

Dalam masa sama, Yusne menyeru kepada semua masyarakat agar menanamkan dalam diri semangat cintakan negara.

“Ini merupakan sebahagian daripada kembara jelajah kemerdekaan dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Sabah dan ini merupakan pertama kali program ini diadakan di Markas Wilayah Laut 2 dan ini merupakan satu penghormatan kepada kami untuk turut bersama-sama menyambut hari kemerdekaan.

“Sempena bulan kemerdekaan ini, kita perlu menanam sifat patriotik di kalangan rakyat Malaysia untuk mencitai negara dan kami berbangga kerana terpilih dalam program ini,” katanya.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamunting, Datuk George Hiew Vun Zin dan Pengarah Penerangan Negeri Sabah merangkap ketua KMJG, Jainisah Mohd Noor.-

RELATED ARTICLES
EnglishUtama

‘Reckless, Dangerous and Disgusting’: Lawyers Hit Back at Shafie Over Zara...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular