HomeUtamaPerarakan Citra Budaya Etnik tampilkan keunikan budaya tempatan

Perarakan Citra Budaya Etnik tampilkan keunikan budaya tempatan

Read Time:1 Minute, 18 Second

Kota Belud: Perarakan Citra Budaya Etnik Tempasuk menjadi kemuncak Malam Citrawarna Festival Tempasuk 2025 dengan menampilkan keunikan budaya masyarakat setempat dalam suasana penuh meriah.

Perarakan itu disertai sembilan pasukan, termasuk tujuh pasukan yang mewakili mukim dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Tempasuk serta dua pasukan jemputan khas daripada jawatankuasa iaitu etnik Tobilung  dan Mahkamah Anak Negeri.

Setiap pasukan menampilkan keunikan budaya masing-masing melalui pakaian tradisional, persembahan seni dan kreativiti hiasan. 

Perarakan itu turut dipertandingkan dalam lima kategori anugerah iaitu Penyertaan Terbanyak, Persembahan Terbaik, Konsep Terbaik, Pasukan Paling Meriah dan Pasukan Paling Bekerjasama 

Pasukan Sintak Manis Jawi-Jawi diumumkan pemenang Anugerah Persembahan Terbaik manakala Etnik Tobilung (Tobisa) menerima dua anugerah iaitu Penyertaan Terbanyak dengan 200 peserta dan Pasukan Paling Meriah. 

Selain itu, Tinimungan Mororobuat Rosok (Timoros) pula dipilih sebagai Pasukan Paling Bekerjasama sementara, pasukan Tinimungan Tradisi Bangkahak (Titaba) memenangi Anugerah Konsep Terbaik.

Antara pasukan lain yang mengambil bahagian ialah Mukim Gunding, Mahkamah Anak Negeri, Mukim Taun Gusi, Mukim Keguraan dan T.T Tempasuk.

Majlis perasmian dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn Bhd merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Dalit Tuaran, Datuk Jasnih Daya di Dataran Pusat Khidmat Rakyat N.9 Tempasuk, di sini, baru-baru ini.

Acara itu pernah dianjurkan pada tahun 2022 dengan nama berbeza, namun tahun ini diberi wajah baharu selaras dengan penganjuran Festival Tempasuk 2025.

Pengerusi Pelaksana festival, Datin Vinnie Nursyahirah Abdullah berkata, perarakan tersebut menjadi tumpuan utama komuniti kerana ia bukan sahaja sebagai persembahan, tetapi juga platform mengangkat warisan budaya masyarakat Tempasuk selain mengukuhkan silaturahim antara penduduk setempat.

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular