HomeUtamaGRS konsisten bela rakyat, Ahli Parlimen Sepanggar gagal buktikan prestasi – Abqaree...

GRS konsisten bela rakyat, Ahli Parlimen Sepanggar gagal buktikan prestasi – Abqaree Fawwaz

Read Time:1 Minute, 2 Second

Sepanggar : Pergerakan Pemuda Gagasan Rakyat Bahagian Darau mengecam kenyataan Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Mustapha Sakmud yang menuduh Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai liabiliti.

Ketua Pemuda Gagasan Rakyat Darau Abqaree Fawwaz Abekan berkata, kenyataan tersebut hanya menyerlahkan kelemahan Ahli Parlimen itu sendiri sebagai wakil rakyat yang gagal menangani masalah asas pengundi di kawasan itu.

“Rakyat Sepanggar masih berdepan isu sama setiap hari, antaranya bekalan air paip tidak stabil, jalan raya berlubang dan sesak, serta gangguan elektrik yang kerap berlaku.

“Malangnya, sehingga kini tiada penyelesaian konkrit daripada wakil rakyat kawasan ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad

Abqaree berkata, Mustapha sepatutnya menumpukan usaha turun padang menyelesaikan masalah rakyat, bukannya sibuk mencari kesalahan pihak lain.

“Jangan jadi pemimpin yang hanya tahu bercakap di media, tetapi gagal membawa perubahan di kawasan sendiri. Ukur baju di badan sendiri dahulu,” tegasnya.

Menurutnya lagi, liabiliti sebenar bukanlah GRS, sebaliknya Mustapha sendiri yang gagal membuktikan prestasi sebagai wakil rakyat sejak dipilih.

“Sejak memegang kerusi Parlimen Sepanggar, beliau lebih banyak berpolitik di media nasional daripada benar-benar mendengar masalah rakyat di kawasan,” katanya.

Pemuda Gagasan Rakyat Darau turut menegaskan bahawa GRS kekal konsisten membawa kestabilan politik dan membela rakyat Sabah, berbanding Mustapha yang masih gagal menampilkan pencapaian di kawasan yang diwakilinya. -‘Chronivo

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular