HomeUtamaBelia tonggak pembangunan Sabah – Hajiji

Belia tonggak pembangunan Sabah – Hajiji

Read Time:1 Minute, 44 Second

Oleh Normimie Diun

PUTATAN: Kerajaan Negeri komited untuk terus menjaga kepentingan belia di Sabah dengan memastikan golongan muda mendapat ruang, peluang dan sokongan dalam pembangunan negeri.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata pembangunan belia telah dimasukkan sebagai salah satu tonggak utama dalam Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) kerana kerajaan menyedari peranan besar anak muda sebagai ejen perubahan.

“Belia bukan sekadar penerima manfaat, tetapi juga pemimpin keharmonian masyarakat, penjaga warisan budaya dan penyokong kemajuan teknologi. Kita mesti memahami keperluan mereka dan akan terus merangka pelan untuk golongan ini,” katanya ketika berucap pada Program Pelancaran dan Penyerahan Geran Anak Muda DUN Petagas, Tanjung Aru dan Tanjung Keramat di Dewan Sri Putatan, hari ini.

Beliau berkata, bagi tempoh 2021 hingga 2025, kerajaan telah memperkenalkan 14 inisiatif baharu melibatkan peruntukan RM164.14 juta yang memberi manfaat kepada 210,918 pelajar.

Menurutnya, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan termasuk geran belia, latihan kemahiran, program inovasi serta keusahawanan bagi memastikan anak muda Sabah mempunyai platform untuk berkembang.

“Hari ini, penyerahan Geran Program Anak Muda berjumlah RM300,000 adalah bukti komitmen kita untuk menyokong idea dan projek yang memberi manfaat kepada masyarakat setempat. Gunakanlah geran ini sebaik mungkin untuk melaksanakan program yang bermanfaat kepada belia di kawasan masing-masing,” katanya.

Geran tersebut akan diagihkan kepada NGO belia di kawasan Dewan Undangan Negeri Tanjung Aru, Petagas dan Tanjung Keramat dalam Parlimen Putatan.

Hajiji menegaskan pembangunan Sabah tidak akan berjaya sekiranya generasi muda tidak diberikan ruang untuk berkarya, berinovasi dan memimpin, selain mengingatkan mereka agar tidak mudah terpedaya dengan fitnah yang disebarkan pihak pembangkang di media sosial.

Dalam majlis sama, beliau turut menyaksikan penyerahan warta Tanah Perkuburan Taman Sempelang, Sembulan daripada Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur, Datuk Bernard Liew kepada Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Datuk Seri Yahya Hussin.

Terdahulu, Hajiji diiringi Timbalan Ketua Menteri, Datuk Ir. Shahelmey Yahya yang juga Ahli Parlimen Putatan serta Ahli Dewan Undangan Negeri Petagas, Datuk Awang Ahmad Sah Awang Sahari, melawat tapak pembinaan Rumah Mesra SMJ untuk mangsa kebakaran di Kampung Petagas.

Sebanyak 10 unit Rumah Mesra SMJ akan dibina bagi menempatkan semula mangsa kebakaran terbabit.

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular