HomeUtamaTangani polemik bendera dengan baik, jangan cetus perbalahan - Pemuda UPKO

Tangani polemik bendera dengan baik, jangan cetus perbalahan – Pemuda UPKO

Read Time:1 Minute, 2 Second

Oleh J. Evachel John

TELUPID: Pemuda Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) menegaskan isu bendera terbalik boleh diselesaikan dengan pelbagai pendekatan yang lebih baik, tanpa perlu dibawa ke jalanan atau dijadikan polemik terbuka.

Ketua Pemuda UPKO Nasional, Felix Joseph Saang berkata, bendera seharusnya menjadi lambang perpaduan dan kesatuan masyarakat, bukannya punca perpecahan.

“Pihak-pihak berkenaan perlu diberi ruang untuk menjalankan siasatan. Jangan kita bertindak melulu.

“Sekiranya berlaku kesilapan, ada cara untuk menegur dan memberi tunjuk ajar. Jika disengajakan, undang-undang sedia ada boleh digunakan untuk tindakan sewajarnya,” katanya.

Felix menambah, memanjangkan isu ini hanya meningkatkan ketegangan dan berpotensi mengganggu ketenteraman awam.

“Kita mahu isu ini dihentikan segera dan diserahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat serta menyelesaikannya.

“Fokus kita adalah memastikan bendera terus menjadi simbol penyatuan rakyat, bukan sumber perbalahan,” tegasnya.

Menurut Felix, menjadi tanggungjawab Pemuda untuk menyuarakan kebimbangan dan menolak apa sahaja yang boleh memudaratkan ketenteraman awam.

Isu sensitif seperti ini tidak boleh dipandang ringan kerana boleh merebak menjadi konflik lebih besar jika tidak dibendung tegas, katanya.

Terdahulu, tular di media sosial insiden pemasangan bendera Malaysia secara terbalik, mencetuskan kecaman warganet.

Jabatan Peguam Negara (AGC) pada 15 Ogos lalu turut menegaskan semua pihak wajib menghormati bendera Malaysia sebagai simbol kedaulatan negara serta mematuhi undang-undang berkaitan penggunaannya.

RELATED ARTICLES
Utama

800 bungkusan makanan disumbangkan kepada mangsa banjir, petugas di Penampang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular