HomeUtamaPRN17: GRS sasar pertahan DUN Telupid, Sugut dan Labuk

PRN17: GRS sasar pertahan DUN Telupid, Sugut dan Labuk

Read Time:1 Minute, 10 Second

Beluran : Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Hajiji Noor mahu agar tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Beluran iaitu Telupid, Sugut dan Labuk terus dimenangi calon GRS pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) akan datang.

“Kita sudah hampir lima tahun, tidak lama lagi pilihan raya, saya mahu tiga DUN di Beluran ini, Telupid, Sugut dan Labuk mesti dimenangi GRS, sokong calon dari parti kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pesta Labuk Beluran 2025 di Tapak Tamu FAMA, Pekan Beluran di sini pada Sabtu.

Hajiji yang juga Ketua Menteri mengingatkan agar rakyat di kawasan ini tidak terlalu percaya terhadap tohmahan dan pembohongan pemimpin pembangkang yang banyak membuat fitnah.

Katanya, beliau mahu rakyat melihat ke hadapan untuk memastikan kemajuan negeri yang berterusan dan menepis dakyah serta fitnah yang boleh memecahkan rakyat negeri ini.

“Jangan terlampau percaya tohmahan, pembohongan pemimpin pembangkang, mereka tiada kerja lain, setiap hari buat fitnah, tidur pun mereka menulis buat fitnah, jangan cerita siang hari, malam hari pun fitnah.

“Ini kita tidak mahu benarkan, kita mahu rakyat kita maju ke depan, bukan berpecah belah. Kita mahu teruskan inisiatif kejayaan GRS hari ini untuk lima tahun lagi.

“InsyaAllah selepas pilihan raya ini nanti, GRS akan memerintah semula. Datuk Samad Jambri tetap menang di sini, apalagi Datuk James Ratib pun tetap menang, begitu juga Datuk Jonnybone Kurum di Telupid. Kita mesti satu hati menangkan calon kita di sini,” katanya. – Chronivo

RELATED ARTICLES
Utama

15 saintis UMS tersenarai dalam dua peratus Saintis Terbaik Dunia 2025

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular