HomeUtamaBeluran bakal miliki jeti pelancongan dan jalan raya baharu

Beluran bakal miliki jeti pelancongan dan jalan raya baharu

Read Time:51 Second

Oleh J. Evachel John

BELURAN: Masyarakat Beluran bakal menikmati pembangunan baharu apabila kerajaan negeri meluluskan pembinaan sebuah jeti pelancongan dan jalan raya ke Kampung Air di daerah ini.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, permintaan itu disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Labuk, Datuk Samad Jambri, mewakili penduduk setempat.

“Ada permintaan daripada masyarakat di Beluran ini. Beliau (Samad) memohon pembinaan jeti pelancongan di pekan Beluran ini, dan juga pembinaan jalan raya ke Kampung Air Beluran.

“Sebagai ketua menteri, saya ingin nyatakan bahawa kita meluluskan permohonan ini.

“Jadi kita minta pihak pegawai daerah untuk menulis surat dengan kos anggaran projek ini kepada saya secepat mungkin,” katanya ketika berucap sempena Majlis Perasmian Pesta Labuk di Beluran, hari ini.

Beliau menegaskan bahawa kerajaan negeri komited memenuhi keperluan rakyat di kawasan luar bandar, selaras dengan agenda pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ).

Projek pembinaan jeti pelancongan itu dijangka memberi nilai tambah kepada sektor pelancongan daerah Beluran, manakala jalan raya ke Kampung Air akan memudahkan pergerakan penduduk dan meningkatkan kesejahteraan komuniti.

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular