HomeUtama40 Ketua Isi Rumah mangsa kebakaran terima bantuan kerajaan negeri

40 Ketua Isi Rumah mangsa kebakaran terima bantuan kerajaan negeri

Read Time:1 Minute, 21 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

TAWAU: Seramai 40 ketua isi rumah mangsa kebakaran di Kampung Hidayat dan Kampung Kurnia Jaya menerima bantuan dan sumbangan daripada Kerajaan Negeri Sabah.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, bantuan itu disalurkan melalui Yayasan Kebajikan Sabah dengan kerjasama Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan Negeri Sabah.

“Saya bagi pihak penduduk ingin merakamkan penghargaan kepada YAB Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor atas keprihatinan beliau memberikan bantuan kepada semua mangsa.

“Saya berharap kejadian ini menjadi pengajaran agar masyarakat lebih berhati-hati, khususnya dalam aspek keselamatan elektrik,” kata ketika ditemui pemberita selepas majlis penyerahan bantuan di Dewan Adat, Batu 4, di sini pada Jumaat (15 Ogos).

Kebakaran di Kampung Hidayat berlaku pada 25 Julai lalu, manakala insiden di Kampung Kurnia Jaya menyusul pada 1 Ogos, mengakibatkan puluhan keluarga kehilangan tempat tinggal.

Dalam pada itu, Nizam menasihatkan penduduk supaya mendapatkan khidmat nasihat Sabah Electricity Sdn Bhd (Sabah Electricity) bagi memastikan penyambungan elektrik yang sah, sekali gus mengelakkan risiko kebakaran akibat penyambungan haram.

Mengulas isu kebakaran yang sering berlaku di kawasan DUN Apas, Nizam memaklumkan cadangan pembinaan lebih banyak unit Perumahan Rakyat (PPR) telah dikemukakan kepada Kerajaan Persekutuan bagi mengatasi masalah penempatan setinggan yang padat dan berisiko tinggi.

“Pada akhir 2023, saya telah mengemukakan cadangan secara rasmi dan pada 2024 pihak KPKT serta Majlis Perbandaran Tawau telah meninjau lokasi yang dikenal pasti.

“Kita memohon sekurang-kurangnya 1,000 unit PPR dibina di kawasan ini dalam Rancangan Malaysia Ke-13. Jika dilaksanakan, kira-kira 5,000 penduduk akan menikmati kediaman lebih selesa dan tersusun,” katanya.

RELATED ARTICLES
EnglishUtama

‘Reckless, Dangerous and Disgusting’: Lawyers Hit Back at Shafie Over Zara...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular