HomeUtamaHendap wanita di tandas, lelaki didenda RM25

Hendap wanita di tandas, lelaki didenda RM25

Read Time:1 Minute, 12 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang menghendap wanita di dalam tandas dikenakan denda RM25 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, hari ini, kerana mendatangkan kegusaran dan ketakutan terhadap wanita tersebut.

Tertuduh, Terence Thien, 22, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Marilyn Kelvin.

Mengikut kertas pertuduhan, pada 7 Ogos lalu sekitar jam 6 petang, Terence telah memasuki tandas wanita di aras bawah kompleks Star City, Asia City, dan menimbulkan kegusaran serta ketakutan terhadap seorang wanita berusia 25 tahun yang berada di dalam tandas tersebut.

Terence didakwa dibawah Seksyen 8(1)(e) Ordinan Kesalahan Kecil Negeri Sabah, yang memperuntukkan hukuman denda sebanyak RM 25 atau dihukum penjara tidak lebih satu minggu, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, mangsa menyedari ada seseorang berdiri di hadapan pintu tandasnya. Pengadu terlihat kaki individu berkenaan, lalu keluar dari tandas dan mendapati tertuduh berlari keluar.

Pengadu terlihat kaki individu berkenaan, lalu keluar dari tandas dan mendapati tertuduh berlari keluar.

Pengadu cuba mengejar tetapi gagal, sebelum merujuk kepada pengawal keselamatan untuk memeriksa rakaman CCTV bangunan tersebut.

Rakaman menunjukkan tertuduh masuk dan keluar dari tandas. Kira-kira 20 minit kemudian, pengadu ternampak tertuduh di aras satu bangunan yang sama.

Pengadu memanggil tertuduh dan membawanya ke bilik kawalan CCTV untuk mengesahkan bahawa dia adalah lelaki yang dilihat lari dari tandas wanita, sebelum menghubungi pihak polis.

Laporan polis menyatakan bahawa ketika mangsa berada di dalam tandas tersebut, dia telah dihendap oleh seorang lelaki (tertuduh).

Inspektor Yusdi Basri mengendalikan pendakwaan.

RELATED ARTICLES
EnglishUtama

‘Reckless, Dangerous and Disgusting’: Lawyers Hit Back at Shafie Over Zara...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular