HomeUtamaTask Force Bukit Aman dedah kelemahan siasatan Kes Zara Qairina, pegawai dan...

Task Force Bukit Aman dedah kelemahan siasatan Kes Zara Qairina, pegawai dan penyelia berdepan tindakan

Read Time:1 Minute, 2 Second

Kuala Lumpur : Pegawai penyiasat dan penyelia yang terlibat dengan siasatan membabitkan kematian Zara Qairina Mahathir akan diambil tindakan tegas susulan dapatan hasil siasatan pasukan Task Force Bukit Aman yang mendapati terdapat ketidakpatuhan kepada prosedur siasatan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk M Kumar berkata, pasukan task Force bermula pada 11 Ogos lalu dan hasil penemuan awal mendapati terdapat ketidakpatuhan kepada prosedur siasatan di mana pegawai penyiasat tidak membuat permohonan untuk proses bedah siasat.

Menurut laporan Harian Metro, tindakan tegas akan diambil kepada pegawai penyiasat dan penyelia kerana tiada penyeliaan.

“Walau bagaimanapun, saya juga perlu mendedahkan bahawa terdapat persetujuan atau permohonan daripada ibu mangsa memohon supaya bedah siasat tidak dibuat

“Persetujuan ini direkodkan dengan tandatangan ibu mangsa, doktor, patalogi dan pegawai penyiasat dalam satu dokumen ‘Surat Akuan Enggan Bedah Siasat Mayat Atas Kemahuan Sendiri’ yang dikeluarkan pihak hospital,” katanya dalam sidang media khas di Bukit Aman, di sini hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan Zara Qairina, pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan di Papar ditemui tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama jam 4 pagi pada 16 Julai lalu.

Pelajar berusia 13 tahun itu kemudian disahkan meninggal dunia selepas menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I di Kota Kinabalu.

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular