KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah menahan seorang guru sekolah menengah di Selangor bagi membantu siasatan berhubung penyebaran berita palsu berkaitan kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir, bulan lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar S Muthuvelu, berkata tangkapan dibuat ke atas seorang guru di SMK Taman Bunga Raya, Bandar Baru Bukit Beruntung, Rawang, yang kini dibebaskan dengan jamin polis.
“Kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Kertas siasatan ini akan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara (AGC) dalam tempoh terdekat,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman, hari ini .
Tambah M Kumar yang baru mengambil alih jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah pada 8 haribulan ogos lalu , setakat ini sebanyak 15 kertas siasatan telah dibuka berkaitan penyebaran berita palsu kes berkenaan, termasuk yang berunsur hasutan, fitnah dan komen jelik di media sosial. Pecahan kes melibatkan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) sebanyak tiga kes, Sabah (10), Kuala Lumpur (satu) dan Perak (satu).
“Daripada jumlah itu, dua kertas siasatan diklasifikasikan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan.
Dalam pada itu itu, M Kumar S Muthuvelu juga memaklumkan bahawa hasil Siasatan mengesahkan tiada penglibatan VVIP seperti yang ditularkan sebelum ini,” katanya .
Katanya siasatan juga mendedahkan bahawa tiada langsung penglibatan VVIP seperti yang dilaporkan.
” Sebanyak 82 rakaman percakapan telah diambil termasuk pelajar-pelajar yang pernah memberi keterangan sebelum ini, dengan beberapa rakaman tambahan diambil sebagai kenyataan susulan”
Berkaitan dakwaan ibu mangsa yang mengatakan beliau menemui kecederaan ketika memandikan jenazah, semua kecederaan telah dijelaskan kepada beliau selepas bedah siasat kedua, yang turut dihadiri peguam mereka.
” Peguam keluarga juga telah mengeluarkan kenyataan media menyatakan bahawa bedah siasat berjalan dengan telus tanpa sebarang campur tangan.
Semua kecederaan yang ditemui semasa bedah siasat adalah konsisten dengan penemuan sebelumnya. Punca kematian telah direkodkan dan pihak polis akan memohon kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mempercepatkan prosiding inkues sementara menunggu laporan rasmi bedah siasat. Kenyataan doktor juga akan digunakan untuk menyokong permohonan tersebut katanya