HomeSukanLiga Super : Sabah FC sedia hadapi cabaran sulung KL City FC...

Liga Super : Sabah FC sedia hadapi cabaran sulung KL City FC di Cheras

Read Time:1 Minute, 4 Second

Kuala Lumpur: Sabah FC sedia untuk mengharungi cabaran sengit menentang Kuala Lumpur City FC pada perlawanan pembukaan Liga Malaysia 2025 yang akan berlangsung malam ini di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.

Jurulatih Sabah FC, Alto Linus berkata, pertemuan itu bukanlah tugas mudah memandangkan KL City FC tampil dengan motivasi tinggi selepas mencatat kemenangan dalam aksi pertama minggu lalu apabila membenam Imigresen FC, 3 – 0.

Katanya, kelebihan beraksi di laman sendiri pasti memberi semangat tambahan kepada skuad tuan rumah.

“Walaupun kita sedar mereka berada dalam prestasi baik, kita tetap optimis dan mempunyai perancangan serta strategi tersendiri untuk mengharungi perlawanan ini,” katanya.

Menurutnya, aksi pra-musim Sabah FC menyaksikan sebahagian besar pemain musim lalu kekal bersama pasukan, dengan beberapa penambahan pemain baharu.

Katanya, sepanjang tempoh persiapan, para pemain pantas menyesuaikan diri dengan latihan dan corak permainan yang diterapkan oleh barisan kejurulatihan.

“Musim ini, KL City memiliki pemain yang berkualliti seperti Sapawi Rashid dan Hidalgo. Namun, saya percaya pemain-pemain kita tahu apa yang perlu dilakukan untuk mengekang ancaman tersebut. Fokus dan disiplin taktikal menjadi kunci utama malam ini,” katanya.

Perlawanan Kuala Lumpur City FC menentang Sabah FC dijadualkan bermula pada jam 9 malam ini  dan dijangka menjanjikan aksi menarik antara dua pasukan yang memiliki misi besar untuk permulaan musim ini. – Chronivo / FOTO SABAH FC

RELATED ARTICLES
Sukan

Tujuh pasukan sertai kejohanan Pesta Sukan Muhibbah JKM Ke-14

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular