HomeUtamaFitnah kaitkan Exco Sabah dalam kes Zara Qairina, laporan polis dibuat

Fitnah kaitkan Exco Sabah dalam kes Zara Qairina, laporan polis dibuat

Read Time:1 Minute, 14 Second

Kota Kinabalu : Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Membakut pada Selasa membuat laporan polis berhubung hantaran di Facebook yang mengaitkan kes kematian Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir,13, dengan anak Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr. Arifin bin Datuk Mohd Arif.

Setiausaha Gagasan Rakyat Bahagian Membakut Mohd Shamsul Husry Abdul Wahid berkata, hantaran itu didakwa sarat dengan tuduhan palsu, fitnah, dan cubaan mencemarkan nama baik Exco Pendidikan itu.

Menurutnya lagi, tuduhan itu jelas tidak benar dan bersifat provokasi yang boleh menimbulkan persepsi negatif masyarakat serta mengganggu siasatan kes kematian Allahyarhamah Zara Qairina yang sedang dijalankan.

“Seperti dinyatakan YB Datuk Dr. Mohd Arifin pada 9 Ogos lalu, Farisya Maisara bukan anak beliau dan tiada seorang pun anaknya yang bersekolah atau pernah bersekolah di SMKA Tun Datu Mustapha, Papar,” katanya.

Beliau menyifatkan kenyataan tidak bertanggungjawab itu berunsur hasutan awam, niat jahat, dan berpotensi mengancam keselamatan serta maruah keluarga mangsa dan pihak yang difitnah.

Shamsul turut menggesa pihak berkuasa segera mengambil tindakan terhadap pemilik akaun Facebook terlibat, sambil memaklumkan bahawa peguam mereka sedang meneliti langkah untuk memfailkan saman.

Beliau menasihatkan mana-mana pihak agar segera menghentikan penyebaran fitnah berhubung kes ini.

Terdahulu, dalam laporan itu, Shamsul menjelaskan pihaknya mahu siasatan segera terhadap beberapa pemilik akaun Facebook terlibat atas tuduhan palsu dan kenyataan fitnah yang dimuat naik secara terbuka.

Selain itu, laporan itu turut memohon pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) turut menjalankan siasatan dan mengambil tindakan terhadap pemilik akaun mereka yang menyebarkan hantaran fitnah tersebut. – Chronivo

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular