HomeUtamaAlHassan Abdul raih pingat emas TYT Sabah, berkat jaga solat dan cinta...

AlHassan Abdul raih pingat emas TYT Sabah, berkat jaga solat dan cinta Al-Quran

Read Time:1 Minute, 0 Second

Kota Kinabalu : Sentiasa menjaga solat lima waku selain membaca Al-Quran setiap hari menjadi antara rahsia kejayaan AlHassan Abdul, 26, yang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pingat Emas Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah sempena Majlis Istiadat Konvokesyen IPDAS Ke-19 Tahun 2025.

Anak kelahiran Kg. Sindanan, Penampang itu berkata, selain menjaga hubungan baik dengan ibu bapa, guru dan rakan-rakan, beliau menghafal 30 juzuk al-Quran serta mengulang bacaan mengikut juzuk setiap hari.

“Insya-Allah, saya membaca Al-Quran setiap hari walaupun hanya satu muka surat. Surah kegemaran saya ialah Surah Al-Fath kerana maksudnya adalah ‘pembuka’. 

”Saya percaya jika diamalkan, Allah akan membuka jalan untuk kita menuju ke arah-Nya, Insya-Allah,” katanya yang merupakan anak kelima daripada lapan beradik.

Anak kepada pasangan Abdul Abdullah dan Jauliah Jakiri ini bercita-cita menjadi pendakwah berilmu, beramal dan berakhlak mulia selaras ajaran Islam, di samping mencontohi akhlak Nabi Muhammad SAW serta menyebarkan syiar Islam di bumi Borneo.

Dari segi kokurikulum, beliau pernah menyertai Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri 2024 dan 2025 (1-20 juz), Kejohanan Sepak Takraw Peringkat Bahagian Keningau 2023, selain memegang pelbagai jawatan dalam program di IPDAS termasuk Pengarah Program Mekar Madani 2023.

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular