HomeUtamaRujuk sumber berdaftar, elak terpengaruh berita palsu - Pengerusi BERNAMA

Rujuk sumber berdaftar, elak terpengaruh berita palsu – Pengerusi BERNAMA

Read Time:1 Minute, 20 Second
Kota Kinabalu: Masyarakat di seluruh negara  disaran untuk sentiasa merujuk kepada agensi berita berdaftar bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih.

Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), Datuk Seri Wong Chun Wai berkata, agensi seperti BERNAMA dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) adalah antara sumber utama bagi memastikan orang ramai menerima berita yang benar.

Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), Datuk Seri Wong Chun Wai

“Langkah ini penting bagi memastikan orang ramai tidak terpengaruh dengan berita tidak tepat, berbaur fitnah atau bermotif politik yang tersebar di media sosial.

“Dalam era berita palsu dan pelbagai tuduhan, adalah tanggungjawab agensi berita kerajaan untuk menyampaikan berita tepat kepada rakyat di samping memastikan liputan serta maklumat yang disampaikan adalah benar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman, di sini pada Selasa.

Kunjungan itu bertujuan memperkenalkan diri beliau sebagai Pengerusi BERNAMA berkuat kuasa 1 September lalu kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah.

Mengulas lanjut, Wong berkata BERNAMA komited meningkatkan mutu liputan berita di Sabah selaras dengan perkembangan penting yang bakal berlaku di negeri ini termasuk Pilihan Raya Negeri (PRN) dan pelbagai isu semasa.

Katanya, Sabah merupakan negeri yang penting dan BERNAMA akan menambah baik liputan melalui pelbagai inisiatif bagi memastikan setiap perkembangan dapat disampaikan kepada rakyat dengan cepat dan tepat.

“Saya telah memberi komitmen kepada Tuan Yang Terutama untuk menambah baik liputan di Sabah dan melihat langkah yang boleh diambil bagi memastikan mutu liputan semakin baik.

“Sebagai agensi berita kerajaan, kita akan kekal sebagai sumber berita yang dipercayai rakyat, sekali gus mengukuhkan keyakinan terhadap maklumat yang disampaikan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular