HomeUtamaPCAKK raih RM270,000 dalam majlis amal ‘Heart of Gold’

PCAKK raih RM270,000 dalam majlis amal ‘Heart of Gold’

Read Time:52 Second

Kota Kinabalu: Persatuan Penjagaan Paliatif Kota Kinabalu (PCAKK) berjaya mengumpul dana sebanyak RM270,000 pada Majlis Makan Malam dan Konsert Amal Tahunan ke-26 bertemakan ‘Heart of Gold’.

Majlis yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) turut dihadiri kira-kira 1,500 tetamu.

Hadir sama dalam majlis berkenaan adalah penaung kepada persatuan terbabit, antaranya Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Joachim Gunsalam dan Datuk Shahelmy Yahya serta Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglim Christina Liew. 

Pengerusi Penganjur, Datuk Margaret Lim berkata, dengan tema ‘Heart of Gold’, kesemua dana berkenaan adalah hasil sumbangan dari kerajaan negeri, syarikat swasta, individu dan juga majlis berkenaan.

“Saya sangat terharu dengan sokongan yang memberangsangkan terhadap persatuan ini, sekali gus membolehkan kita mengekalkan kemampanan operasi.

“PCAKK telah menjaga sejumlah 5,200 pesakitnya sejak ia ditubuhkan pada 1995,” katanya.

Pada majlis berkenaan, konsert turut dijayakan oleh Rebecca O’Connor sebagai penghormatan kepada artis terkenal antarabangsa iaitu Tina Turner.

Persembahan selama 90 minit itu berjaya menerima sambutan yang positif dari kalangan para hadirin pada majlis itu. – Chronivo

RELATED ARTICLES
Utama

800 bungkusan makanan disumbangkan kepada mangsa banjir, petugas di Penampang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular