HomeUtamaNADI Pulau Banggi perkukuh pendigitalan luar bandar

NADI Pulau Banggi perkukuh pendigitalan luar bandar

Read Time:1 Minute, 36 Second

Kudat: Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Pulau Banggi berperanan memperkukuh pendigitalan luar bandar melalui kemudahan internet, latihan kemahiran digital dan akses maklumat kepada komuniti setempat.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata, inisiatif di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) itu membuktikan komitmen Kerajaan MADANI memastikan tiada komuniti terpinggir daripada arus pendigitalan negara.

“Selain kemudahan internet berkelajuan tinggi menerusi teknologi Starlink yang mencecah minimum 100 Mbps, NADI ini turut menyediakan ruang latihan dan perkhidmatan rujukan maklumat yang menyokong pembangunan ekonomi, pendidikan serta keusahawanan digital,” katanya ketika mengadakan lawatan ke NADI Pulau Banggi,di sini pada Ahad.

Beliau turut meninjau kemajuan liputan telekomunikasi di sekitar pulau itu yang menunjukkan perkembangan positif dalam memperluas keterhubungan rangkaian, khususnya bagi komuniti luar bandar di Sabah.

Pulau Banggi, yang terletak kira-kira 35 kilometer dari Kudat, mempunyai lebih 30,000 penduduk dengan ekonomi setempat bergantung kepada sektor perikanan, pertanian, akuakultur termasuk tanaman rumpai laut serta agropelancongan. Akses utama ke pulau ini adalah dengan feri atau bot laju yang mengambil masa kira-kira dua jam bergantung kepada keadaan cuaca.

NADI Pulau Banggi baru-baru ini dinobatkan sebagai juara World Summit on the Information Society (WSIS) Prizes 2025 bagi kategori C4: Capacity Building anjuran International Telecommunication Union (ITU) bersama agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Fahmi berkata, pengiktirafan antarabangsa itu membuktikan keberkesanan Projek Inklusif Digital NADI Malaysia dalam memacu pembangunan sosioekonomi secara mampan dan inklusif.

Pada lawatan kerja khas itu, beliau turut meninjau aspek keselamatan, kenegaraan dan pembangunan sempena Bulan Kebangsaan, selain memaklumkan bahawa kerajaan akan meneliti langkah-langkah bagi memastikan pembangunan sosioekonomi Pulau Banggi dilaksanakan selaras agenda Kerajaan MADANI.

“Siri lawatan susulan akan diadakan untuk meneliti aspek pembangunan yang memerlukan tindakan segera,” katanya.

Hadir sama Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Mohd Nizam Jaffar, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun, Komander ESSCOM Datuk Victor Sanjos, Ketua Pegawai Hal Ehwal Negeri MCMC Bukhari Yahya, Pengarah MCMC Sabah Ratnawaty Talib dan Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan Sabah Supian Musa.-

RELATED ARTICLES
Utama

Bomba komuniti Kampung Titingan terima sumbangan PPE kalis api

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular