HomeUtamaMajlis tahlil dan doa negeri Sabah untuk Allahyarhamah Zara Qairina 14 Ogos...

Majlis tahlil dan doa negeri Sabah untuk Allahyarhamah Zara Qairina 14 Ogos Ini

Read Time:36 Second

Kota Kinabalu : Kerajaan Negeri Sabah akan menganjurkan Majlis Tahlil dan Doa Peringkat Negeri bagi mendoakan kesejahteraan Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir pada 14 Ogos ini.

Majlis itu akan diadakan selepas solat Maghrib di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Arifin Mohd Arif berkata, majlis itu akan dipimpin oleh Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Sabah dan diadakan serentak di semua masjid dan surau di seluruh negeri.

“Pada Jumaat, saya telah mengarahkan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) untuk menyelaras Majlis Tahlil dan Doa untuk kesejahteraan Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir di semua masjid dan surau seluruh Negeri Sabah.

“Bersama-samalah kita berdoa semoga Allahyarhamah beroleh maghfirah dan rahmah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – Chronivo

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular