Tuaran: Gambar bertemakan Ulat Sagu hasil bidikan gadis Rungus, Angela Jene Jasni berjaya menjuarai Klip-klip Cantik Pertandingan Fotografi Digital Makanan Warisan.
Pertandingan anjuran Jabatan Warisan Negara itu diadakan sempena Festival Kebudayaan Rumpun Bajausama 2025 yang berlangsung di Pusat Kebudayaan Rumpun Bajausama Sabah, di sini pada Sabtu.

Manakala, tempat kedua dimenangi gambar set makanan Ambuyat oleh Rusni Talok dan Mazlan Madurin di tempat ketiga dengan gambar bertemakan Ikan Singgang.
Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Mohd Yusri Mohd Yusoff, pada Ahad.
Turut diadakan, penyampaian sijil penghargaan kepada peserta Demonstrasi dan Sampel Makanan Pameran Citarasa Warisan@Sabah oleh Setiausaha Agung Persatuan Rumpun Bajausama Sabah, Datuk Kassim Razali.