HomeUtama8.6 Juta Penerima STR Fasa 3 Terima Bayaran Mulai Esok

8.6 Juta Penerima STR Fasa 3 Terima Bayaran Mulai Esok

Read Time:1 Minute, 7 Second

PUTRAJAYA, — Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 akan disalurkan secara berperingkat mulai esok kepada 8.6 juta penerima di seluruh negara dengan peruntukan keseluruhan RM2 bilion.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, setiap penerima akan menerima antara RM100 hingga RM650 bergantung kepada kategori kelayakan isi rumah, warga emas atau bujang.

Jumlah penerima itu meningkat sebanyak 300,000 orang berbanding 8.3 juta penerima pada Fasa 1 Januari lepas, susulan langkah Kerajaan MADANI membuka permohonan baharu dan rayuan sepanjang tahun.

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembukaan permohonan dan rayuan sepanjang tahun mencerminkan komitmen kerajaan untuk memastikan tiada rakyat yang tercicir daripada menikmati manfaat negara.

“Lebih daripada bantuan tunai semata-mata, STR memberi suntikan kepada penerima untuk mencapai kebebasan kewangan agar kita dapat menggapai kesaksamaan yang didambakan dalam Ekonomi MADANI,” katanya.

Menurut MOF, pembayaran akan dibuat melalui pengkreditan ke akaun bank penerima atau secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mengikut kategori kelayakan masing-masing.

Penerima baharu yang telah berdaftar dalam pangkalan data STR turut menerima bayaran kali ini, manakala mereka yang belum berdaftar perlu membuat permohonan bagi membolehkan verifikasi kelayakan dilakukan.

Maklumat lanjut serta semakan status boleh dilakukan melalui portal rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my. Orang ramai turut diingatkan supaya berwaspada terhadap pautan tidak sahih yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular