HomeUtamaMasidi Bidas Kenyataan Shafie Apdal Mengenai Penyelesaian Hutang RM 1 Bilion

Masidi Bidas Kenyataan Shafie Apdal Mengenai Penyelesaian Hutang RM 1 Bilion

Read Time:1 Minute, 8 Second

KOTA KINABALU,– Dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bahawa pentadbirannya pada 2019 berjaya melangsaikan hutang RM1 bilion yang ditinggalkan kerajaan terdahulu adalah tidak tepat, kata Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun.

Beliau berkata, hutang berkenaan merujuk kepada Bon Kerajaan Negeri Sabah (2014/2019) yang diterbitkan pada Disember 2014 semasa pentadbiran Barisan Nasional (BN). Bank Negara Malaysia telah menetapkan syarat bahawa kerajaan negeri perlu menubuhkan Sinking Fund atau Kumpulan Wang Amanah Bagi Bayaran Balik Bon, bagi memastikan bayaran balik penuh hutang itu dapat dibuat apabila matang dam langkah ini adalah sebagai langkah perlindungan untuk mengelakkan pembayaran balik menjadi beban besar kepada kewangan negeri.

“Di bawah terma bon tersebut, kerajaan negeri dikehendaki memasukkan RM200 juta setiap tahun selama lima tahun sehingga 2019. Apabila pentadbiran Warisan mengambil alih pada 2018, sebahagian besar dana untuk pembayaran semula telah pun tersedia.

“Malah pada tahun berikutnya, terdapat RM1 bilion dalam Sinking Fund yang membolehkan kerajaan negeri membuat bayaran penuh secara sekali gus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Masidi, pembayaran itu adalah hasil daripada perancangan kewangan berhemat yang dilaksanakan oleh pentadbiran terdahulu, bukannya tindakan khas oleh kerajaan Warisan.

“Saya telah menjelaskan perkara ini ketika sesi penggulungan pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah, Julai 2024. Kerajaan negeri komited memastikan rakyat menerima maklumat yang jelas dan tepat mengenai kewangan negeri, dan tidak akan membiarkan kenyataan mengelirukan dibiarkan tanpa penjelasan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular