HomeUtamaKumpulan Riuh Samah juara Betitik negeri Sabah 2025

Kumpulan Riuh Samah juara Betitik negeri Sabah 2025

Read Time:1 Minute, 7 Second

Tuaran: Kumpulan Riuh Samah dari Putatan muncul sebagai Juara Pertandingan Akhir Betitik Peringkat Negeri Sabah sempena Festival Kebudayaan Rumpun Bajau Sama Sabah 2025 di Pusat Kebudayaan Rumpun Bajausama Sabah di sini, pada Sabtu.

Kumpulan itu menewaskan tujuh pasukan lain dengan memperoleh markah 78 peratus, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000.

Tempat kedua dimenangi Kumpulan N.24 Tanjung Keramat Putatan dengan markah 77.8 peratus dan menerima RM3,500, manakala Kumpulan Sri Mengkabong dari Tuaran di tempat ketiga dengan 76 peratus, membawa pulang RM2,500.

Bagi Anugerah Pakaian Terbaik, Kumpulan Sri Samah dari Kota Belud diumumkan pemenang, manakala Anugerah Pemain Muda Harapan disandang Kumpulan Soro Derio dari Putatan.

Lima kumpulan menerima hadiah saguhati bernilai RM1,000 setiap satu iaitu Sri Ketiau (Putatan), Denyut Tradisi dari Kelab Betitik Kampung Unggun Jaya (Kota Kinabalu), Sri Samah, Soro Derio dan Anak Kedidi Bedinakan (Papar).

Majlis perasmian dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali.

Betitik merupakan muzik tradisional masyarakat Bajausama di Sabah yang dimainkan terutamanya semasa majlis, berfungsi sebagai pengumuman kepada penduduk kampung mengenai acara yang akan berlangsung seperti malam berinai dan majlis persandingan.

Permainan muzik ini biasanya diadakan pada waktu petang dan tidak dimainkan semasa tempoh berkabung atau ketika berlaku kesusahan.

Antara alat muzik yang digunakan termasuk wan (gendang), gong, bebandil dan kulintang.

RELATED ARTICLES
EnglishUtama

‘Reckless, Dangerous and Disgusting’: Lawyers Hit Back at Shafie Over Zara...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular