Oleh Normimie Diun
KOTA KINABALU: Proses bedah siasat terhadap pelajar, Zara Qairina, selesai sekitar jam 7.30 malam ini di Hospital Queen Elizabeth I (HQE I), selepas dijalankan selama kira-kira lapan jam setengah.
Menurut peguam mewakili keluarga Zara, Shahlan Jufri jenazah akan dibawa pulang ke Sipitang untuk dikebumikan semula di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi.
Terdahulu, pada jam 10.55 pagi, Pakar Perunding Patologi Forensik Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, Dr Khairul Anuar Zainun, tiba di HQE I.
Sebelum proses bermula, Pakar Patologi Dr Jessie Hiu memberi penerangan kepada ibu mangsa mengenai prosedur bedah siasat yang turut disaksikan oleh pegawai polis dan peguam keluarga.
Proses bermula pada jam 11.30 pagi dikendalikan oleh Dr Jessie bersama Dr Khairul Anuar, dibantu dua pegawai lain, dengan kehadiran peguam keluarga sebagai pemerhati dan pegawai polis di dalam bilik pemeriksaan.
Pada jam 8 malam, bedah siasat selesai dan penjelasan awal diberikan kepada keluarga sebelum jenazah diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa pulang ke Sipitang.