HomeIsu tempatan51 beg darah berjaya dikutip menerusi program CSR

51 beg darah berjaya dikutip menerusi program CSR

Read Time:52 Second

Beaufort: Sejumlah 51 beg darah berjaya dikutip dalam satu program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) MOK Corner Beaufort yang diadakan di sini pada Sabtu.

Pengerusi program, Alicia Chin  berkata, beg darah yang berjaya dikutip itu merupakan kesinambungan kepada program sama yang telah dilaksanakan pada tahun lalu.

“Melihat kepada keberkesanan program sebelum ini, ianya mampu mendekatkan organisasi dengan masyarakat setempat sambil menyumbang kembali kepada masyarakat dengan cara mengadakan program derma darah.

“Bukan sahaja menyediakan buah tangan untuk penderma darah sebagai tanda menghargai sumbangan mereka, malah turut membantu pihak hospital dan pesakit amat memberi kesan positif kepada kami” katanya.

Alicia berkata, idea mengadakan program derma darah adalah sebagai inisiatif CRS selepas melihat contoh-contoh dari syarikat-syarikat korporat ternama yang mengadakan program serupa.

Katanya, program itu akan diteruskan lagi di masa akan datang dan menjangkakan pelbagai lagi penambahbaikan dan idea kreatif yang akan menyumbang kembali kepada masyarakat.

“Kami sangat menghargai penderma-penderma darah yang hadir dan. mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan kolaborasi yang telah membantu menjayakan program kali ini” katanya. – Chronivo

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS bantu ringankan persiapan pelajar STPM ke menara gading

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular