HomeUtamaSemangat Antanom cerminan keberanian dan perpaduan rakyat Sabah

Semangat Antanom cerminan keberanian dan perpaduan rakyat Sabah

Read Time:1 Minute, 51 Second

Tenom: Generasi muda diseru supaya meneladani semangat perjuangan pahlawan Murut terbilang, Datuk Seri Panglima Ontoros bin Endoi @ Antanom, sebagai sumber inspirasi untuk memperkukuh perpaduan dan mempertahankan maruah negeri.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Antanom bukan sahaja simbol keberanian masyarakat Murut, malah pejuang sejati yang berjuang mempertahankan hak semua rakyat tanpa mengira kaum.

“Perjuangan Antanom tidak berasaskan sentimen suku bangsa, tetapi demi membela hak dan maruah semua masyarakat pada zamannya. Jiwanya lebih besar daripada sempadan etnik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada kemuncak Perayaan Pesta Ilau Kalimaran Kali ke-19 di Dataran Pekan Kemabong di sini pada Sabtu.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr.Joachim Gunsalam.

Hajiji berkata, perjuangan Antanom membuktikan betapa besarnya nilai sebuah tanah air dan harga diri rakyat yang wajar dipertahankan.

Menurutnya, walaupun lahir sebagai pahlawan Murut, semangat juang dan pengorbanannya terhadap negeri ini perlu menjadi milik bersama seluruh rakyat Sabah.

Beliau menegaskan, Tenom yang kini pesat  membangun sebagai sebuah daerah pelbagai etnik hanya akan terus makmur jika rakyatnya mengutamakan keharmonian dan kestabilan politik.

Katanya, kekuatan perpaduan dalam kepelbagaian akan membawa keyakinan dan penghormatan kepada Sabah di peringkat nasional, sekali gus memastikan limpahan kemakmuran ekonomi dapat dinikmati secara adil dan menyeluruh.

“Sabah adalah rumah kita. Rumah ini hanya akan terjaga dengan baik jika diurus oleh kepimpinan yang benar-benar memahami dan menjiwai aspirasi rakyatnya,” katanya.

Sementara itu, Hajiji turut menekankan bahawa kestabilan politik adalah faktor penting untuk memastikan dasar pembangunan negeri dapat dilaksanakan dengan lancar, selaras dengan Halatuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

Katanya, Warisan budaya perlu dipertahankan dan mengajak generasi muda memainkan peranan aktif memelihara seni, adat dan warisan nenek moyang agar tidak hilang ditelan arus kemodenan.

“Kemajuan teknologi tidak sepatutnya menjadi alasan untuk mengabaikan warisan yang menjadi identiti masyarakat. Nilai-nilai luhur budaya mesti diwarisi dari satu generasi ke generasi berikutnya. Semangat ‘Rumah Kita, Kita Jaga’ perlu terus disemarakkan,” katanya.

Menurut beliau, Kerajaan Negeri sentiasa menyokong penganjuran perayaan kebudayaan seperti Pesta Ilau Kalimaran kerana ia bukan sahaja memartabatkan warisan, malah mengukuhkan jati diri rakyat Sabah sebagai sebuah masyarakat berbilang kaum yang harmoni.

Hajiji berkata, pests itu juga menjadi medan menyemarakkan semangat kebersamaan dan saling menghormati dalam kalangan rakyat pelbagai etnik, sekali gus memperkukuh asas kestabilan politik dan kemajuan negeri. – Chronivo

RELATED ARTICLES
Utama

800 bungkusan makanan disumbangkan kepada mangsa banjir, petugas di Penampang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular