Kota Kinabalu: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sabah petang ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kemaskini di Facebook memaklumkan, situasi keadaan cuaca berkenaan dijangka akan berlaku sehingga jam 5 petang.
“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka akan berlaku di negeri Sabah, antaranya di Pedalaman, Pantai Barat, Tawau dan Semporna.
“Turut mengalami cuaca sama adalah di Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu dan Kudat) serta Labuan sehingga jam 5 petang pada Sabtu,” menurut kenyataan itu di sini.
Cuaca sama turut dijangka berlaku di beberapa kawasan di Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar dan Batang Padang) serta Kelantan (Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang).
Selain itu, cuaca sama turut dialami di Terengganu (Setiu, Hulu Terengganu dan Dungun); Pahang (Tanah Tinggi Cameron); Johor (Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru) dan Sarawak melibatkan Kapit (Kapit), Bintulu, Miri dan Limbang.
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – Chronivo