HomeUtamaBengkel 'Sabah Women’s Lab' perkasa wanita selaras hala tuju SMJ 2021-2025

Bengkel ‘Sabah Women’s Lab’ perkasa wanita selaras hala tuju SMJ 2021-2025

Read Time:1 Minute, 38 Second

Kota Kinabalu: Penganjuran Bengkel Sabah Women’s Lab (Fasa Kedua, Incubator Lab) disifatkan sebagai platform penting bagi memperkasa golongan wanita di negeri ini selaras dengan hala tuju Pelan Sabah Maju Jaya (SMJ) 2021-2025.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk James Ratib berkata, penyertaan peserta dalam bengkel itu membuktikan komitmen tinggi untuk meningkatkan ilmu, kemahiran dan daya saing diri.

“Bengkel seperti ini bukan sahaja menjadi medan menimba ilmu dan berkongsi pengalaman, malah memperkukuh jaringan kerjasama, bertukar pandangan serta mencambah idea konstruktif.

“Saya berharap semua peserta dapat memanfaatkan segala input sepanjang bengkel ini berlangsung untuk melahirkan inovasi dan memberi impak positif dalam bidang masing-masing,” katanya ketika merasmikan bengkel itu, di sini, baru-baru ini.

James berkata, program anjuran bersama Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) dan Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) itu wajar disokong kerana membawa pendekatan ke arah melahirkan pemimpin wanita yang berintegriti, berempati dan menekankan keadilan sosial.

Katanya, usaha pemerkasaan wanita juga penting bagi memastikan lebih ramai wanita berkualiti menyertai pentadbiran awam dan politik, sekaligus membentuk dasar yang lebih sensitif terhadap keperluan wanita.

“Penganjuran bengkel ini juga selari dengan prinsip inklusiviti dan kesaksamaan peluang yang menjadi antara fokus utama dalam Pelan SMJ. Ia menyasarkan kesejahteraan rakyat melalui pembangunan berdaya saing yang melibatkan semua lapisan masyarakat termasuk wanita muda dan golongan B40,” katanya.

James berkata, program pemerkasaan wanita itu merangkumi beberapa fasa termasuk Simposium Sabah Women’s Leader yang dijadual berlangsung pada 29 Ogos ini dan bakal dirasmikan Ketua Menteri Sabah dengan kehadiran kira-kira 3,000 jemputan.

“Kesemua 75 peserta bengkel ini akan dijemput menghadiri simposium itu dan secara automatik menjadi peserta Glow@Sabah Women Leader, iaitu projek jangka masa panjang bagi pemerkasaan wanita,” katanya.

Beliau turut menyeru peserta agar menjadikan bengkel itu sebagai titik permulaan kepada perubahan positif dalam diri masing-masing.

“Gunakan segala ilmu dan pendedahan yang diperoleh selama dua hari ini sebagai bekal untuk keluar daripada zon selesa. Kemajuan diri memerlukan kesungguhan, usaha berterusan dan keberanian,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Tahap Pengetahuan Kesihatan Rakyat Malaysia Masih Rendah — Menteri Kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular